
Sebelum ini kami melaporkan yang pasangan pelakon, Syafiq Kyle dan Mimi Lana memaklumkan yang majlis pernikahan dan resepsi mereka yang dijadualkan pada 18 Ogos depan dibatalkan.
Bukan tu jer, Mimi Lana juga ada memuat naik satu hantaran yang menunjukkan satu gambar dengan tulisan semoga Allah SWT permudahkan urusan mereka, dan semoga Allah SWT memberikan kesabaran kepada mereka untuk menempuhi ujian serta menjadikan mereka Muslim yang lebih baik.
Terbaru! Mimi Lana memuat naik satu IG Story yang menunjukkan dia sedang duduk di hadapan televisyen yang menyiarkan muzik video lagu bertajuk ‘Malam Pagi’.
Ya aku sakit, aku healing sampai pagi tak balik. Oh no, tak balik..
Walau bagaimanapun, sebelum ini pengurus kepada Mimi Lana iaitu Iman Tang tampil perjelas bahawa pembatalan majlis pernikahan itu disebabkan kekangan kerja Mimi yang kini terikat dengan satu penggambaran drama.
Apa pun, semoga dipermudahkan segala urusan pasangan ini untuk disatukan nanti..
Leave a Reply