Dakwaan Ira Kazar Hamil, Datuk Yusof Haslam Mula Buka Cerita Sebenar

Datuk Yusof Haslam, pengarah terkenal tampil menyatakan respon mengenai dakwaan yang mengatakan menantunya, Ira Kazar kini sedang sarat hamil.

Menurut Yusof, dia tidak mahu memberikan apa-apa komen kerana mahu menjaga hati ramai pihak terutamanya isteri, Datin Patimah.

Saya tak tahu, saya tak mahu tahu. Saya tak tahu dia hamil ke, tak hamil ke wallahua’lam saya tak mahu cakap.Isteri saya dah pesan tolong jangan cakap apa-apa, you silap cakap nanti tak sedap pula.

Saya nak jaga hati isteri saya. Syamsul anak saya dan saya nak jaga hati dia juga. Saya tak mahu hubungan kami jadi tak bagus. Saya kena jaga hati menantu saya, cucu-cucu saya dimana mereka pun dah faham dan matang.

@mstar.malaysia

Ira Kazar dikatakan sedang hamil, Yusof Haslam enggan komen… Pilih kunci mulut konflik Syamsul kahwin dua #mstar #mstarmalaysia #irakazar #datoyusufhaslam #sembangentertaiment

♬ original sound – mStar Malaysia – mStar Malaysia

 

Malah, Datuk Yusof Haslam juga tidak mahu menyatakan sebarang komen mengenai rancangan pertemuan bersama Ira Kazar.

"

Terdahulu, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah berasa gembira melihat anaknya, Syamsul Yusof yang datang memberikan sokongan kepada anak-anaknya yang masuk acara sukan.

Kredit: TikTok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*