[VIDEO] GELI BILA AERIL ZAFREL PUJI PEREMPUAN LAIN MANJA, INI REAKSI ‘WIN’ WAWA ZAINAL DENGAN SOPHIA ALBARAKBAH

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan gelagat pasangan selebriti, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel di platform TikTok.

Menerusi video tersebut, kenyataan Wawa mengenai aktres Sophia Albarakbah menerima pelbagai reaksi netizen.

Ketika itu, netizen meminta Wawa untuk menunjuk rekaan tudung dari jenamanya Wawa Scarves iaitu Sofia.

Susulan itu, suaminya sempat mengusik dengan menyebut nama Sophia Albarakbah, namun reaksi Wawa terus berubah dan menjeling Aeril.

“Sofia yang mana? Sophia Albarakbah?,” soal Aeril menyakat isterinya.

"

Aktres drama rantaian Patahnya Sebelah Sayap itu mengakui tiada masalah dengan Sophia, namun terasa geli apabila suaminya memuji wanita lain manja.

“Aku tak ada masalah dengan orang tu.. cumanya statement kau tu menggelikan. Puji puji orang manja dia eii gelinya aku dengar. Lelaki ni tau puji puji perempuan lain, yihh!,” ujarnya.

Aeril bagaimanapun mempertahankan diri dengan berkata dia hanya memuji ciptaan Tuhan.

“Kita kan menghargai keindahan Tuhan.. Jadi dapat pahalalah kita puji ciptaan Tuhan,” ujarnya.

Wawa mempersoalkan tindakan Aeril yang tiba-tiba memberikan kenyataan Sophia Albarakbah seorang wanita yang sangat manja.

“Masalahnya bila kau puji perempuan lain begitu, yang kita isteri ni merasa geli. Kau faham kah geli, geli geli!

“Kenapa ketika itu kau terkeluar statement begitu ‘Ya dia sangat manja’, aku dalam hati dia ni bikin geli betul puji perempuan lain,” tuturnya dalam nada geram.

https://www.tiktok.com/@w4wazainal/video/7266839629595200775?referer_url=www.hotfm.audio%2Fvideo-wawa-zainal-tak-ada-masalah-dengan-sophia-albarakbah-cuma-geli-bila-aeril-zafrel-puji-perempuan-lain-manja%2F%3Ffbclid%3DIwAR1zzbpzqMxkoEqSbNRtNuqT8kYC36J_mHWQy8LjK-teapq2HbAo5t_5npk&refer=embed&embed_source=121355059%2C121351166%2C121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_share&referer_video_id=7266839629595200775

Sebelum ini, Aeril memuji perwatakan aktres Sophia Albarakbah seorang yang sangat manja ketika disoal mengenai kerjasama mereka bersama dalam sebuah drama.

“Kalau Orang Senang Terasa Akan Mudah Jatuh Hati,” – Aeril Zafrel Puji Sifat Sophia Albarakbah Manja & ‘Soft Spoken’

Aeril Zafrel menyifatkan pelakon wanita kontroversi, Sophia Albarakah sebagai seorang wanita yanng amat lembut dalam berbicara.

Pernah berganding sama dalam drama Tercipta Satu Ikatan pada tahun 2021, Aeril berkata Sophia mempunyai karakter yang sangat manja.

“Sophia seorang yang baik, soft spoken dan manja tak kisah sama ada di dalam set atau dalam karakter. Mungkin buat setengah orang lain senang terasa akan mudah jatuh hati.

“Itu pendapat saya, tapi saya anggap perkara tersebut sebagai kawan sahaja. Semasa saya berlakon dengan dia tiada apa-apa yang berlaku, kami profesional.

“Jangan sampai ke rumah, itu sudah lain cerita. Sepanjang saya dengan dia, kalau ada orang tu jenis cepat in love, akan mudah lah tersuka dia sebab karakter dia memang macam tu,” tambahnya lagi.

Disoal mengenai komennya setelah digelar ‘suami contoh’ kerana tidak pernah membuat hal dan curang, Aeril berkata perkara tersebut membuatkan dirinya untuk lebih berhati-hati dalam setiap pergerakan.

“Bila orang dah letak benchmark itu, tapi saya perlu jadi lebih berjaga-jaga. Jadi itu adalah menjadi salah satu faktor kenapa saya memilih untuk terus setia.

“Tidak menafikan sehingga kini masih ada wanita yang cuba mengoda saya, tapi sekiranya orang tu nak curang, di mana-mana pun boleh.

“Saya tak boleh buat benda tu (curang), bukan disebabkan Wawa saja. Tipulah kalau lelaki tiada niat untuk ‘mencuba’, tapi kita sebagai lelaki yang perlu mengawal perkara tersebut.

“Wawa sudah percaya kepada saya, jadi saya tak nak hancurkan kepercayaan tersebut.. meskipun mestilah wanita akan letak rasa ‘was-was’ itu.

“Kalau nama saya tercemar disebabkan perangai saya, ramai orang yang akan terkena kesannya.,” katanya.

Terdahulu, nama Sophia heboh menjadi perbualan ramai di media sosial selepas timbul dakwaan mengganggu rumah tangga aktor Aliff Aziz dan aktres Bella Astilah ketika penggambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih sebanyak 200,000 tontonan, 5,000 tanda suka dan lebih 100 komen.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*