
Sesi siaran langsung TikTok penyanyi dan usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri dengan isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar menarik perhatian netizen di laman sosial.
Menerusi sesi TikTok Live itu, Ira bersama anak perempuan kepada Aliff iaitu Qadejah El Zahra berkongsi pengalaman bekerjasama sebagai model tudung jenama usahawan sensasi itu.
“Kak Ira such a wonderful person to talk with and to also work with. Dia seorang yang memahami dan tak susah untuk bekerjasama… dia sangat senang untuk bekerja sekali,” ujarnya.
Malah Aliff turut memuji anak kepada aktor terkenal Kazar itu yang dianggap seorang yang merendah diri selain berharap dapat bekerjasama lagi selepas ini.
“Saya banyak bekerjasama dengan banyak artis… Ira ini very simple, very humble dan saya berharap sangat dapat bekerjsama lagi dengan Ira,” kata Aliff.
Rata-rata netizen di ruang komen juga memuji kecantikan Ira Kazar dan ada juga segelintir mereka yang beranggapan wajah isteri Syamsul itu seperti pelakon Sari Yanti.
Bagaimanapun, ada juga netizen yang berpendapat Aliff Syukri sepatutnya mencari model selain Ira yang sebelum ini mencetuskan kontroversi.
‘Live’ Aliff Syukri, Ira Kazar sengaja undang kecaman
Sengaja cari publisiti murahan. Itu antara komen yang membanjiri akaun TikTok usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri apabila isteri kepada pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar muncul sebagai tetamu jemputan dalam siaran langsungnya semalam.
Menerusi siaran langsung tersebut, Ira atau nama penuhnya Faghirah Fatini Kazaruddin, 28, dijemput sebagai tetamu dan dia juga turut memperagakan tudung dari jenama Aliff.
Paling mencuri perhatian ramai dalam beberapa video tular adalah persoalan yang diajukan Ira kepada Aliff tentang pendekatan usahawan itu berdepan dan mengendalikan kecaman netizen.
“Macam mana Datuk berhadapan dengan kecaman orang,” soal Ira ringkas dalam keadaan tersipu malu.
Selain itu, jawapan Ira terhadap soalan spontan Aliff mengenai surah yang sering diamalkan ketika berhadapan waktu sukar turut mencuri perhatian ramai.
Namun tiada jawapan yang diberikan Ira dan bahkan enggan berkongsi mengenai surah tersebut kepada umum.
“Rahsia.
“Saya juga tiada ucapan, apa pun terima kasih sudi menonton ‘live’ kami” jawab anak pelakon senior, Kazar Saisi itu.
Turut bersama dalam siaran langsung tersebut ialah anak kedua Aliff iaitu Qadejah El Zahra.
Sementara itu, rata-rata netizen menyifatkan Aliff sengaja mencari publisiti murahan selain mengundang rasa kurang senang ramai dengan menjemput Ira yang sehingga kini masih menjadi mangsa kecaman umum.
“Kenapa Ira? Tak jadilah nak sokong dan beli tudung Datuk.
“Tak minat nak beli dan kenapa ambik Ira sebagai model?” komen netizen.
Sehingga hari ini, Ira masih menjadi mangsa kecaman ramai selepas dikatakan menjadi punca keruntuhan rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah Liyana dan Syamsul.
Ira dan Syamsul selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis serba ringkas di Thailand pada Januari lalu
Leave a Reply