Anak Pemandu ‘Grab’ Reda Pemergian Ayah, Kongsi Apa Yang Ayah Dia Sempat Bagi Sebagai Kenangan

Allahyarham Sharipuddin Shaari yang juga merupakan salah seorang mangsa nahas pesawat ringan yang terhempas, sempat menelefon isterinya memaklumkan bahawa dia sedang berada di sebuah restoran di sekitar Elmina untuk mengambil pelanggan sebelum berlakunya tragedi tersebut.

Mangsa nahas pesawat ini juga merupakan pemandu e-hailing iaitu pemandu ‘Grab’.

Memetik laporan Harian Metro, anak mangsa iaitu Muhammad Sharul Izuan berkata dia sempat bertemu dengan bapanya di luar rumah ketika bapanya sedang memeriksa enjin kereta pagi semalam.

Ayah tidak bercakap sepatah pun sebelum saya pergi ke sekolah menunggang motosikal bersendirian.

Malam sebelumnya ayah beriya-iya menyuruh saya makan dan bersembang panjang kerana kami jarang bercakap kecuali ada perkara penting yang perlu dibincangkan.

"

Menurut Shazrul, dia tidak menyangka bahawa permintaan bapa untuk menyimpan gambarnya akan menjadi petanda pemergian arwah.

Dua minggu lalu ketika dalam perjalanan ke sebuah pusat beli-belah di Kota Warisan, ayah memberikan saya dua keping gambar yang sama dan menyuruh saya menyimpan sebagai kenangan.

Namun, anak mangsa dan seluruh ahli keluarganya tetap reda dengan pemergian mangsa yang disifatkan sebagai seorang bapa yang penyayang.


Petang semalam kira-kira jam 6 petang, anggota peronda polis datang ke rumah memaklumkan ayah terbabit kemalangan dan berita itu amat mengejutkan kami sekeluarga.

Pemergian ayah sangat mengejutkan kami sekeluarga kerana arwah seorang yang penyayang namun kami reda dengan ketentuan Allah SWT.

BACA: Pemandu ‘Grab’ Sempat Bergurau Dengan Isteri Sebelum Maut Dalam Nahas Pesawat

Terdahulu, Allahyarham Sharipuddin Shaari sempat bergurau dengan isterinya melalui Whatsapp sebelum maut dalam nahas pesawat terhempas di bandar Elmina, Shah Alam.

Kredit: Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*