
Tahun ini Malique membuat kejutan kepada peminat dengan melancarkan single lagu Sedih Hati yang mempunyai 7 versi dikumpulkan dalam satu CD album terbaharunya.
Tidak cukup dengan mengubati rasa rindu peminat dengan suaranya melalui single tersebut, Malique yang juga dikenali sebagai Mr.General tampil memperlihatkan anak perempuannya yang kini sudah meningkat remaja.
Menerusi video muzik Sedih Hati (Acoustic) yang dimuat naik di saluran YouTube Qarma Studios semalam, peminat terpesona melihat kemunculan umum Inca Medina buat pertama kalinya yang bermain biola dalam video muzik tersebut.
Remaja itu dikenali ramai menerusi lagu Senyum yang dinyanyikan oleh Malique dan Najwa. Dalam lirik lagu itu Malique selitkan pujian kecantikan anak sulungnya.
“Oh Inca Medina orang secantik nama”
“Cantik luar cantik dalam cantik macam mama”
Saluran YouTube Qarma Studios memang diketahui tidak membuka ruangan komen kepada orang ramai. Namun mungkin disebabkan debut Inca Medina, mereka memberikan peluang kepada orang ramai berkongsi komen masing-masing.
Malique mendirikan rumah tangga bersama bekas pelakon Melissa Maureen Rizal pada Ogos. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Inca Medina, Rumi Arjuna, Chasca Maya dan Ezra Aditya.
Selepas pembubaran Too Phat pada 2007, Malique bergerak solo dan beliau langsung tidak pernah muncul di mana-mana media arus perdana dan media sosial.
Beliau cuma melontarkan suara dan idea dengan berkolaborasi bersama penyanyi-penyanyi lain.
Dan sekarang beliau memperlihatkan anak sulungnya — Inca Medina. Semoga ada lebih banyak karya-karya menarik daripada Malique dan Inca Medina yang kita dapat nikmati dan teladani pada hadapan.
Biodata Melissa Maureen, Isteri Rapper Malique Ibrahim (Too Phat)
Selalu lalu, netizan kecoh memperkatakan tentang penularan kiriman yang dikatakan foto terkini penyanyi rap tersohor, Malique Ibrahim.
Gambar bintang hip hop yang cukup dikenali sebagai ‘Mr General’ itu menyaksikan momen dirinya bersama keluarga di sebuah lapangan terbang.
Umum sedia maklum, Malique sudahpun mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2008 dengan teman wanitanya, Melissa Maureen Rizal yang juga seorang pelakon dan personaliti televisyen.
Jom kenali lebih dekat Melissa yang pernah mencipta nama dalam dunia hiburan sekitar era 2000-an dahulu.
Biodata
1. Pemilik nama penuh, Melissa Maureen binti Rizal. Dikenali umum sebagai Melissa Maureen.
2. Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 3 Mac 1980. Berusia 39 tahun.
3. Berdarah campuran Pakistan, Cina dan Melayu.
4. Berkelulusan Ijazah dalam jurusan Kesusasteraan Inggeris daripada King’s College, London.
5. Merupakan pelakon, model dan personaliti televisyen yang mula bertapak dalam dunia seni sejak tahun 1999 hingga 2012.
6. Namanya meledak menerusi kemunculan dalam beberapa siri televisyen, filem, iklan dan pementasan.
7. Antara drama dibintanginya seperti Gol & Gincu The Series, Realiti, Benda Aneh Bernama Cinta, Shop @ Dapat, Bersama, Table For Two, Akademi dan Masihkah Ada Cinta.
8. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Gol & Gincu, Raining Amber, The Amber Sexalogy dan Hooperz. Juga terlibat dalam pementasan teater ‘Frankenstein In Love’.
9. Berkahwin dengan penyanyi rap ternama, Malique Ibrahim (bekas anggota kumpulan Too Phat) pada 8 Ogos 2008 yang mana sehingga kini perkongsian hidup mereka dianugerahkan empat orang cahaya mata.
SUMBER YouTube @QarmaOfficial
KONGSI KE MED
Leave a Reply