Nahas Elmina: Isteri pemandu Grab komen tentang keadaan m4yat buat ramai sebak

PUTRAJAYA: ‘Saya sudah melihat gambar keadaan jenazah arwah suami melalui gambar yang ditunjukkan pihak hospital namun setakat ini tidak mahu kongsikan dengan pihak luar dan biarlah ia menjadi rahsia,” kata Suriana Muda.

Suriana, 43, dari Taman Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) adalah isteri kepada pemandu Grab, Sharipuddin Shaari, 53, yang maut apabila kereta dinaikinya dilanggar pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, kelmarin.

Beliau yang juga suri rumah berkata, dia akan simpan rahsia itu jadi kenangan sepanjang hidupnya untuk membesarkan anak-anak.

Menurutnya, mereka sekeluarga masih terkejut dengan kejadian itu dan masih sabar menunggu bila jenazah dapat dikeluarkan untuk dikebumikan.

Suriana juga sudah memaklumkan kepada pihak bertanggungjawab untuk menguruskan pengebumian jenazah arwah suami berdekatan tempat kediaman di Tanah Perkuburan Islam, Sultan Hishamuddin BBST.

"


Loke (tengah) menziarahi keluarga Allahyarham Sharipuddin Shaari, 53, yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam di Taman DesaVista, BBST hari ini. – Foto FB Anthony Loke
“Ahli keluarga juga sudah sepakat dan membuat keputusan tidak dikebumikan dalam satu liang seperti yang disarankan pihak tertentu bagi memudahkan mereka menziarahi kubur arwah yang berdekatan dengan kediaman,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Arwah Sharipuddin yang berasal dari Arau, Perlis meninggalkan dua anak yang masih bersekolah iaitu Muhammad Sharul Izuan, 16, dan Nur Izzara Arissya, 9 tahun.

Sebelum ini media melaporkan semua waris diberikan hak untuk mengebumikan jenazah individu tersayang di mana sahaja termasuk di kampung halaman masing-masing.

Selain itu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan membantu menguruskan jenazah mangsa nahas serta menyediakan van jenazah.

JAIS juga menawarkan untuk mengebumikan semua jenazah dalam satu liang jika dipersetujui waris.

Suriana berkata, pada masa ini dia hanya memikirkan masa depan dua anak yang masih bersekolah dan beliau juga tidak bekerja dan tinggal di rumah sewa.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pengangkutan (MOT), Anthony Loke yang sudi hadir menziarahi mereka sekeluarga di kediamannya hari ini.

Ketika kunjungan itu, Loke turut menghulurkan sumbangan kewangan bagi membantu meringankan beban mereka sekeluarga dan berharap Menteri itu dapat membantu mempercepatkan urusan insurans arwah suaminya.

Loke (tengah) menziarahi keluarga Allahyarham Sharipuddin Shaari, 53, yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam di Taman Desa Vista, BBST hari ini. – Foto FB Anthony Loke

“Saya juga berbesar hati kerana Loke ada menyatakan pihaknya bersedia membantu kebajikan keluarga dan anak-anak yang akan diuruskan oleh Pejabat Ahli Dewan Undangan (DUN) Sungai Pelek untuk dipanjangkan kepada pihak bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu Loke melalui ciapan di Facebook berkata, beliau menziarahi dan menyampaikan sedikit bantuan peribadi kepada keluarga seorang mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam dua hari lalu.

Menurutnya, mangsa berkenaan adalah pemandu e-heiling yang kebetulan melalui tapak nahas ketika kemalangan berlaku.

Loke berkata, beliau hadir bersama wakil syarikat Grab yang akan turut membantu proses tuntutan insurans kepada keluarga mangsa.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*