7 Ahli Parlimen BN letak jawatan? Ini penjelasn Ahmad Zahid buat ramai rakyat tak senang duduk

Shah Alam: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa tujuh Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) akan meletak jawatan.
ADVERTISEMENT

Beliau berkata, perkara itu hanya khabar angin berikutan mereka terikat dengan aku janji yang sudah ditandatangani sebelum ini.

“Apa yang paling penting, kita tunggu sampai akhir penggal dan jika mahu lakukan tindakan politik yang sebaliknya, kita harus melihat mandat dan watikah sudah diberikan kepada mereka bagi mewakili parti dan bukan diri sendiri.

“Ini dah ditandatangani oleh mereka di dalam aku janji dan dalam dokumen diikrarkan hadapan saya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penutupan Madani Ride PDRM ISBC di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali dan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

"

Terdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Lokman Noor Adam menerusi rakaman video mendakwa tujuh Ahli Parlimen akan meletak jawatan masing-masing.

Beliau mendakwa Ahli Parlimen terbabit adalah empat di Johor dan masing-masing satu di Pahang, Sabah serta negeri di Utara.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, sebarang tindakan yang ingin dilakukan perlu menunggu sehingga akhir penggal.

“Jika mahu ambil tindakan pada hemat mereka untuk kepentingan diri, saya fikir eloklah tunggu akhir penggal nanti,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*