Kecoh MB Kedah Lepuk Kepala Pelajar, Rupanya Ini Yg Pelajar Tu Minta Saat Akhir

Tular di media sosial rakaman memaparkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengetuk kepala seorang pelajar perempuan dengan helaian kertas.

Orang ramai yang menonton video itu memberikan pelbagai reaksi. Ada yang terkejut dan ada juga yang menganggap itu adalah gurauan semata-mata.

Memetik laporan Malaysia Kini, Menteri Besar itu bertindak demikian dipercayai kerana pelajar berkenaan meminta sumbangan untuk ke politeknik pada saat akhir. Namun begitu, sumbangan sebanyak RM650 tetap diberi.


Jelas Sanusi lagi, dia hanya bergurau dalam masa yang sama menegur pelajar berkenaan. Beliau juga berasa tidak adil jika orang luar mahu mengadili tingkah laku orang Kedah berdasarkan kebiasaan adat Kuala Lumpur.

Lepuk dengan sehelai kertas (surat) saja, bukan dengan kayu. Melawak dengan anak-anak, lagu tu lah cara kami kat kampung ni melawak.

"

Antara yang mengkritik tindakan Menteri Besar itu adalah Timbalan Presiden Muda Amira Aisya Abd Aziz. Amira berkata sebagai pemimpin berpangkat besar, MB Kedah perlulah menjaga kehormatan orang ramai dan mempunyai adab dalam bergurau.

Kredit: MalaysiaKini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*