Iqbal pun rasa down , rupanya ini tindakan Nad Zainal… “Apa salah saya?”

PERSONALITI media sosial dan usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli mendedahkan dirinya turut disekat oleh pelakon Nad Zainal di laman Instagram.

Iqbal, 29, berkata, dia tidak tahu punca sebenar dia disekat kerana mereka tidak pernah berjumpa atau bertegur sapa di media sosial.

“Saya tidak pernah berjumpa atau menyebut namanya di media sosial… Sampai sekarang sekarang saya tidak tahu kenapa saya di block olehnya di Instagram.

“Sampai sekarang saya tidak tahu kenapa begitu,” katanya.

Iqbal meluahkan perasaan di Instastory miliknya.

"

Iqbal berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Khamis.

Dalam pada itu, Iqbal turut memohon maaf sekiranya dia ada membuat kesilapan terhadap pelakon drama Cina Buta tersebut.

Kata Iqbal, mungkin aktres berkenaan tidak suka kepada dirinya yang sering terpalit dengan kontroversi dan bertindak untuk menyekatkan di media sosial.

“Saya pun kurang pasti mungkin dia (Nad) serabut bila nama saya muncul dengan pelbagai kontroversi kan… saya faham

“Kalau ada salah saya minta maaf. Sedikit sebanyak ia membuatkan saya down dan tertanya apa salah saya… sebab sebolehnya saya mahu menghormati dan berbaik dengan semua orang,” ujarnya.

Sebelum ini, Nad menyangkal dakwaan dia bermasam muka dengan beberapa selebriti yang pernah menjadi sahabatnya.

Nad memberitahu dia tidak mahu memberi fokus kepada siapa yang hilang dari ‘radar’ kerana menganggap ia bersifat kebudak-budakkan untuknya.

Sementara itu, pelakon Nabila Huda dalam satu kenyataannya juga memberitahu dirinya sudah disekat oleh aktres berkenaan di laman Instagram dan secara sinikal memberitahu tidak mengenali Nad.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*