“Maaf tanya, siapa ini? Pelakon ke?” – Komen Nabila Huda timbul pertanyaan, Nad Zainal jawab isu masam muk

NAMA Nabila Huda kembali menjadi bualan hangat netizen apabila aktres itu meninggalkan komen berbaur sarkastik menerusi hantaran temu bual bersama aktres Nad Zainal.

Menerusi komen tersebut, Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 39, meninggalkan komen bertanya tentang individu dalam video berkenaan seolah-olah tidak mengenali Nad.

“Maaf tanya, siapa ini? Pelakon ke?,” tulisnya.

komen tersebut menerima lebih 3,000 tanda suka selain 352 komen netizen yang ada di antara mereka merasakan komen tersebut lucu.

Komen Nabila mendapat perhatian netizen.
Mana tidaknya sebelum ini, Nabila pernah meninggalkan komen serupa terhadap penyanyi Masya Masyitah semasa isu membuka tudung sedang hangat diperkatakan.

"

Bagaimanapun ada pula melihat komen sarkastik itu seperti ada sesuatu di sebalik memandangkan Nad terpalit dengan kontroversi kononnya bermasam muka dengan beberapa selebriti tempatan yang pernah menjadi sahabat baiknya.

Sementara itu, Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 33, menerusi temu bual bersama HLive menyangkal dakwaan itu selain menegaskan tiada istilah bermasam muka memandangkan masing-masing sudah dewasa.

Malah kata Nad, dia memilih untuk tidak memberi fokus kepada isu berkenaan kerana menganggap ia bersifat ‘high school’ untuknya.

“Saya tak ada nak bermasam-masam muka… sebab masing-masing sudah dewasa. Saya sekarang dengan hidup saya, keluarga saya dan suami.

“Buat peminat yang beria-ria mendoakan saya walaupun saya sudah sihat. Itu saya nak fokuskan. Mana yang hilang… tak muncul dari rada itu saya tak fokuskan.

“Siapa kawan siapa tak itu, sangat high school buat saya. Tapi saya tiada masalah nak berkerjasama dengan sesiapa,” luahnya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*