“Kau je yang muka langgar tembok, lepastu bebal pula tu,” – TIZ ZAQYAH KONGSI PENDAPAT GARA-GARA…

Pelakon jelita, Tiz Zaqyah meluahkan rasa kesal terhadap segelintir lelaki yang masih mempunyai pemikiran bahawa isteri perlu berada di dapur untuk memasak.

Aktres drama popular Nur Kasih ini berkata perkara demikian menerusi ciapan yang dimuat naik di platform X (Twitter).

Jelas Tiz atau nama lengkapnya Siti Zaqyah Abdul Razak, pada ketika ini lebih banyak banyak content creator memasak merupakan seorang lelaki.

“Some males yang cakap bini kena kat dapur masak lol shame on you lah.

“Tengok content-content sekarang most cooking video lelaki macho-macho power masak.

"

“Kau je yang muka langgar tembok, lepastu bebal pula tu,” tulisnya.


Menjengah ke ruangan balas, ciapannya itu meraih perhatian pengikutnya yang bersetuju dengan pendapatnya itu.

Tiz Zaqyah

Malah, ada juga segelintir individu lelaki yang menyuarakan isi hati mereka mengakui lebih gemar untuk memasak dan memberikan isterinya masa untuk berehat.

Sebelum ini, Tiz pernah mengakui ada terdetik untuk ‘mencantikkan’ hidung dan membuang tahi lalat di mulutnya.

Biodata Penuh Pelakon Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah makin dukenali di persada hiburan tanah air melalui watak sebagai gadis naif yang bernama Nur Amina di dalam drama yang membawa sat fenomena di negara kita iaitu Nur Kasih. Semenjak itu gadis cantik molek ini tidak lagi menoleh ke belakang dan terus mengorak langkah dengan terus dikenali oleh semua pminat drama melayu negara.

Profile Penuh Tiz Zaqyah

NAMA: Siti Zaqyah Abdul Razak

NAMA GLAMOR: Tiz Zaqyah

TARIKH LAHIR: 25 Oktober 1988

ASAL: Kuala Lumpur

STATUS: Bujang

KARIER: Pelakon

PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

MULA BERLAKON : 2006

DRAMA: Gol & Gincu, Impian Illyana & Nur Kasih

TELEFILEM: Bernafas Dalam Lumpur & Puaka Topeng Putih

PERWATAKAN DIRI: Mesra dan Ceria

WATAK IMPIAN: Seram, psiko & gila

Sumber : Instagram Tiz Zaqyah Razak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*