Puncanya tak tutup pintu rumah! Dodoi anak di ruang tamu, wanita terkejut lihat ular sawa gergasi menjalar dekat buaian…

RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang wanita dan anaknya nyaris dibaham seekor ular sawa ketika mereka sedang bersantai di rumah.

Sewaktu kejadian, wanita itu duduk di dalam buaian di ruang tamu dengan anak kecilnya sambil menonton televisyen.

Tiba-tiba, seekor ular sawa bersaiz besar dilihat menjalar masuk ke dalam rumahnya melalui pintu utama yang terbuka luas.

Wanita itu sedang menidurkan anaknya ketika seekor ular menjalar ke ruang tamu.

Secara kebetulan, wanita itu keluar dari buaian untuk mendodoi anaknya sebelum dia dikejutkan dengan kehadiran reptilia berkenaan.

"

Dia yang kelihatan terkejut dalam rakaman CCTV itu terus menarik buaian sebelum mengangkat anaknya keluar dari ruangan berkenaan.

Video yang dikongsi menerusi akaun TikTok @sleepwithhoror itu menerima lebih 2.4 juta tontonan dan turut dibanjiri komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Risau si batik masuk rumah orang, pemuda Sabah jadi hero tengah malam – “Ular tu pusing kepala, saya lari pusing-pusing”

“Berulang kali tonton video ini, tetap ngeri. Nasib baik si ibu sedar. Kalau tidak, mesti lain ceritanya. Moga kita semua dijauhkan daripada bahaya,” tulis seorang netizen.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Vietnam pada tahun 2020, namun CCTV tersebut tular di TikTok sejak seminggu lalu. – Detik.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*