Nadia Annuar bercerai kali kedua, Ini Trivia Menarik NADIA ANNUAR “Memiliki 7 Darah Kacukan”

Selepas lapan tahun mendirikan rumahtangga, bekas pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Nadia Annuar mengesahkan rumah tangganya dengan ahli perniagaan, Hafiz Salleh sudah berakhir.

Begitupun, pemilik nama penuh Nadia Shahrul Annuar 39, tidak mendedahkan butiran perceraian termasuk tarikh mereka berpisah, sebaliknya menegaskan kini berstatus solo.

“Saya kini ‘single’ (solo) tapi tak ‘available’ (tak kosong). Buat masa ini, saya ingin berehat daripada bercinta atau mempunyai sebarang hubungan.

“Mummy pun suruh saya fokus pada diri sendiri dan buat apa yang saya inginkan termasuk fokus kepada anak-anak,” katanya dalam sesi wawancara di platform media sosial sebuah majalah kewanitaan.

Dalam temubual itu Nadia yang juga ibu kepada sepasang mata memaklumkan anak-anaknya kini bukan berada di bawah jagaannya.

"

“Saya memiliki dua cahaya mata. Walaupun mereka tidak tinggal bersama atas sebab tertentu, saya cuba untuk sentiasa ada ketika anak-anak memerlukan,” katanya lagi.

HUBUNGAN Nadia Anuar dan suaminya, Hafiz Salleh sudah berakhir.

Menurut kakak kepada pelakon Harris Annuar itu lagi, paling penting sekarang adalah terus kuat semangat selain menjalani kehidupan sebaik mungkin.

Berkongsi lanjut perancangan masa depan, Nadia mengakui memberikan tumpuan terhadap pengacaraan dengan pelbagai bahasa.

“Saya ingin teroka kelebihan bercakap dalam pelbagai bahasa. Saya juga banyak buat tugasan pengacaraan membabitkan tiga bahasa, Melayu, Inggeris dan Thailand.

“Kebolehan pelbagai bahasa memberi kelebihan dan kelainan kerana saya tidak memerlukan juru alih bahasa, sekali gus dekat dengan penonton,” luahnya.

Perkahwinan dengan Hafiz pada November 2015 dikurniakan seorang cahaya mata, Dya Naylaa, yang kini berusia tujuh tahun.

Sebelum itu, Nadia yang bergelar usahawan kosmetik pernah mendirikan rumah tangga bersama Sulaiman@Mohd Helmi Mohd Ilyasdi tetapi bercerai pada Oktober 2010.

Perkahwinan tersebut dikurniakan putera, Mohamed Aaron Erwin, 14.

Kalau ibunda tersayang yang juga usahawan kosmetik ternama iaitu Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton mempunyai empat darah kacukan, anak Kak Ton
ini pula dilahirkan dengan tujuh kacukan. Wah, patutlah Nadia Shahrul Annuar ini cantik, kulit putih kemerah-merahan, hidung mancung dan susuk tubuh langsing! Rupa-rupanya dia mewarisi keturunan yang cantik dan segak daripada kedua-dua ibu bapanya.

Pengakuan tersebut dibuat Nadia kepada Nona tidak lama dahulu. Ditemani Kak Ton, usahawan Be Group ini membuka bicara. “Kalau mummy ada empat kacukan iaitu
Thailand, Laos, Pakistan dan Arab. Saya yang anak ini ada ekstra lah. Sebab ayah ada keturunan Malaysia dan Indonesia,” ujar personaliti TV ini sambil tertawa.

Yang pasti Nadia bukan hanya mewarisi kecantikan Kak Ton, bahkan dia turut mengikut jejak langkah ibunya dengan melibatkan diri dalam bidang perniagaan berasaskan
kecantikan.

12 Petua Kecantikan Yang Diamalkan Nadia Annuar

Minum air putih yang banyak

Pastikan amal pemakanan sihat bukan saja untuk cantik tapi juga kesihatan

Sentiasa berfikiran positif demi mengurangkan stres iaitu punca utama penuaan sebelum waktu

Tidur secukupnya tapi jangan berlebihan

Kurangkan pengambilan gula kerana selain boleh menggemukkan ia juga antara penyebab kanser

Pilih suplemen yang sesuai dan semula jadi

Amalkan produk penjagaan kulit yang semula jadi dan bebas bahan kimia

Bersenam sebab buat otak lebih cerdas, badan sihat dan cantik

Jangan tidur lewat dan bangun awal

Cuci muka dengan bersih seelok-eloknya tiga kali sehari

Tak perlu perawatan facial mahal cuma pakai masker sekurang-kurangnya sehari seminggu

Banyakkan makan sayur dan buah-buahan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*